MSU Medical Science Club

Welcome BMSian


You are not connected. Please login or register

BMS or MSU Problem?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 BMS or MSU Problem? on Wed Dec 24, 2008 12:39 am

Are u all have the problem with the BMS course or with MSU?Please discuss in here, maybe we can try to find the way to solve it. The club also can know what actually your problem. flower

View user profile http://forum-mscmsu.forumotion.com

2 Masalah2 BMS on Sun Dec 28, 2008 2:53 pm

Antara masalah yg dihadapi oleh BMSian adlh sprt berikut, sapa2 blh tambah ok.

1. Masalah dengan pinjaman (MARA, PTPTN, PRIVATE)Sad
2. Masalah ketiadaan lectuer (mostly utk yg junior Mad )
3. Masalah fasiliti(cthnya anexe yg panas dan kurang fasiliti)

Masalah mengenai pinjaman merupakan perkara yg paling berat dan sentiasa menghantui pelajar. Percaya atau tak, saya boleh katakan setiap batch mempunyai masalah tajaan seperti loan tak cukup, kena bayar bulan2 walaupun x habis study lagi, dan sebagainya. Untuk menyelesaikan masalah ini adlh sesuatu yg rumit memandangkan ianya berkait dengan pentadbiran kolej dan juga polisi MARA dan PTPTN itu sendiri. Banyak pihak yg berkait yg masing2 mempunyai alasan sendiri kenapa kita ada masalah tajaan.

Masalah kekurangan lecturer pulak dari dulu sampai sekarang pasti akan berlaku setiap sem. Mungkin ini terjadi sebab lecturer BMS di MSU ni sentiasa sahaja bertukar2. Mungkin diorang ada masalah dengan management atau ingin sedut udara kat tempat lain pulak.hehe.. Maka, fenomena keluar masuk lecturer ni telah memberi kesan kepada pelajar BMS. Prof Yasmin bgtau saya yg masalah paling ssh dia nak handle kat sini adalah pasal mencari lecturer untuk mengajar BMS.

Pada mesyuarat MSC yg pertama kali sy kendalikan pd 15hb yg lalu, saya telah memutuskan bahawa setiap Class Rep dari setiap kumpulan akan menghantar laporan bulanan kepada saya dan vice president 2 (saudari Nurhidayu Sahat). Dalam laporan tersebut, akan ada detail mengenai bilangan dan aduan pelajar yang ada masalah loan, subjek serta masalah terhadap subjek tersebut (seperti lecturer tiada, etc), bilangan lecture setiap minggu dan masalah2 lain.

Ini bertujuan untuk membolehkan kami mendapat gambaran masalah yg dihadapi oleh pelajar dari sem 1 sehinggalah sem 6. Setelah whole picture keadaan BMSian diketahui, maka baharulah tindakan lanjut boleh dilakukan.

Untuk masalah loan, kami akan cuba memberi pandangan dan cadangan kepada batch tersebut mengenai antara option yg boleh dilakukan untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah trsebut. Sebagai cthnya, sesiapa yg mempunyai masalah dengan PTPTN, anda boleh tukar kepada MARA jika anda masih di awal semester BMS (cara ini terbukti berjaya Cool ). Kami bersedia untuk membantu anda mengeluarkan surat dan sebagainya jika perlu.

Namun saya harap anda semua tidak beranggapan suara MSC ini begitu kuat utk didengari dan di ambil kisah oleh pentadbiran MARA, PTPTN, Kolej dan sebagainya. Apa yg kita boleh buat ialah berusaha dgn sebaiknya. Yg penting ialah berperang sebelum tahu kalah atau menang. Kan2 ? bounce

Untuk masalah lecturer dan kemudahan kelas, saya dan AJK lain akan cuba untuk brbincang dan mengeluarkan surat MSC jika perlu untuk menyatakan aduan pelajar kepada pentadbiran atau Prof Yasmin. Saya percaya dia bersedia akn memberikan kerjasama sebaiknya.. Apepun, We will try our best for ur convenience. What a Face

______________________________________________

Organisasi MSC yg baru dirombak pd 12hb lalu adalah bertujuan untuk menguatkan struktur MSC yg kelihatan rapuh untuk diperkukuhkan kembali. Beberapa langkah telah kami bincangkan dan akan usahakan dari masa ke semasa. Berilah sedikit masa untuk organisasi yg baru distruktur semula ini untuk membuahkan hasil untuk dinikmati semua. Saya dan AJK2 MSC akan cuba sedaya mungkin untuk berkerja untuk manfaat kita bersama.

Cadangan anda semua amatlah saya hargai.


Berkhidmat untuk semua,
MOHD RIZUAN B. ALi
MEDICAL SCIENCE CLUB,
(13hb Dis 2008 ~ ???????? )
ibnu_ali_87@yahoo.com
017-2421412

View user profile http://www.astromas2020.blogspot.com

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum